Jumaat, 8 Februari 2013

Maqasid Syariah


DEFINISI MAQASID SYARI’YAH


  • Bahasa

Maqasid Syariyah adalah perkataan laqab yang mengandungi dua perkataan yang disatukan iaitu maqasid dan syariah. Maqasid adalah perkataan jama’ dari kalimah Maqsad, iaitu qasad, yaqsud, qasdan dan maqsadan.
Dari segi bahasa bermakna meminta sesuatu dan mendatangkannya, jalan yang lurus, lurus dan sederhana, keadilan dan kebenaran, keras dan paksa.



Sifatnya yang benar,lurus dan menjadi tumpuan semua manusia. • Tujuannya untuk menjamin kemaslahatan ataukebaikan kepada semua manusia dan menghindarkan kemudharatan atau keburukan.

• Kebaikan dan penghindaran daripada kemudaratan dapat dilihat sekurang-kurangnya lima maqasid syariah
iaitu:

1. Memelihara kesucian dan kepercayaan beragama. - Merupakan perkara utama yang ditegaskan
menurut susunan maqasid syariah. Islam
datang untuk membebaskan minda dan
kepercayaan manusia daripada belenggu
khurafat,tahyul,kemunafikan dan kesyirikan.
- islam mengajak manusia beriman kepada tuhan
dan (rukun iman) serta menjauhi anasir-anasir
syirik.

Definasi Syariah

Syariah pula berasal dari kalimah Shara’.

Dari segi bahasa ia bermaksud sumber air minuman yang menjadi tumpuan orang ramai untuk meminumnya atau
tujuan-tujuan lain. Secara literal perkataan syariah membawa dua maksud yang berbeza tetapi mempunyai kefahaman yang saling berkait di antara satu sama lain. Pertamanya, ia membawa maksud sumber air dan keduanya bererti pembawaan atau jalan yang jelas dan lurus.  Syariah juga dikenali sebagai al Din dan al Millah. Kalimah syariah lazimnya digandingkan dengan perkataan ISLAM atau MUHAMMAD